Saturday 5 December 2015

OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK PENGENALAN

TAJUK : OBESITI DIKALANGAN KANAK-KANAK


PENGENALAN

 Masalah obesiti di Malaysia masih berterusan. Kita bukan sahaja melebihi seantero Asia Tenggara, malahan kanak-kanak kita juga sama seperti mereka di mana setiap lima orang-yang-bersekolah akan mengalami berat badan berlebihan ataupun obes.
Di kalangan dewasa, Indeks Jisim Badan (BMI) dikira berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang, dan ia merupakan indikator lemak badan yang boleh dipercayai. Di kalangan kanak-kanak pula, ia tidak semudah yang difikirkan kerana peratusan lemak badan kanak-kanak berbeza mengikut jantina, umur dan juga tahap kedewasaan (akil baligh) mereka. “American Academy of Paediatrics”menyarankan agar penggunaan BMI (Indeks Jisim Badan) bermula dari usia dua tahun ke atas. Penggunaan Indeks Jisim Badan mengikut peratusan umur digunakan untuk mentafsir angka,di mana jantina dan umur kanak-kanak tersebut telah diambil kira. Walau bagaimanapun, untuk menentukan sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan, suatu penilaian lebih lanjut perlu dilakukan, seperti mengukur ketebalan kulit yang berlipat-lipat dan juga mendapatkan sejarah pemakanan kanak-kanak, aktiviti fizikal malahan sejarah keluarga.
Obesiti mempunyai kesan-kesan yang sangat berbahaya dan mendatangkan pelbagai penyakit yang sangat serius.   Ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga pemakanan anak-anak supaya terhindar dari obesiti. Menjaga kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang terutamanya kanak-kanak.


LAPORAN  
Image result for GAMBAR MENTERI KESIHATAN
S. Subramaniam
Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA 7 Sept. - Obesiti merupakan masalah kesihatan yang kini menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah itu atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) yang bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.
Menurutnya, masalah tersebut berlaku kerana pengambilan makanan berlebihan yang diburukkan lagi dengan kecenderungan kepada makanan manis.
Beliau berkata, bilangan rakyat Malaysia yang gemuk dijangka terus meningkat jika tiada inisiatif dilakukan masyarakat untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kementerian terus menekankan cara hidup sihat dalam kalangan masyarakat kerana masalah berat badan berlebihan di kalangan mereka telah mencecah 29.4 peratus dan obesiti pula sebanyak 15.1 peratus.
Masalah tersebut kini telah menjadi ancaman terbesar kepada kesihatan masyarakat. Bayangkan ketika ini seorang daripada tiga penduduk negara ini obes atau mempunyai berat badan berlebihan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, di Dataran Wawasan Presint 2 di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, kerajaan amat komited untuk membudayakan amalan bersukan dan melakukan aktiviti fizikal sebagai rutin harian di kalangan rakyat kerana kajian menunjukkan purata setiap individu melakukan aktiviti senaman selama 20 minit sehari.
Mengulas mengenai Kempen Nak Sihat Sempena Gegar 10,000 Langkah Merdeka, Subramaniam berkata, seramai 70,000 orang yang majoritinya belia mengambil bahagian dalam kempen berkenaan yang dilancarkan serentak di seluruh negara.
Kempen yang diadakan untuk tahun keempat itu katanya, memfokuskan kepada peningkatan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan melakukan senaman sebagai amalan hidup seharian


FAKTOR-FAKTOR RESIKO
Antara faktor-faktor yang dikenalpasti  sebagai penyumbang kepada masalah ini termasuklah gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik, dan juga kekurangan kesedaran tentang obesiti di kalangan kanak-kanak oleh penjaganya. Selalunya, kedua ibubapa dan penjaga bekerja sepenuh masa, di mana terdapat kekangan masa dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak. Pelbagai rangkaian makanan segera yang banyak,menawarkan makanan mudah capai di mana mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi  rendah , menyebabkanmereka yang obes terjebak ke dalam perangkap pemakanan tidak sihat ini dengan lebih mudah. Kanak-kanak di kawasan bandar terutamanya, juga kurang ke arah gaya hidup lebih aktif seperti berjalan ke sekolah, bermain kejar-kejar, bermain kasut roda dan menunggang basikal berbanding dengan menonton televisyen, bermain dengantablet dan ‘PlayStation’. Ketidakstabilan dalam pengambilan berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal akan menyebabkan kepada ketidakseimbangan kalori atau lebihan kalori secara spesifik.
Apabila kanak-kanak mengalami kalori yang berlebihan, kandungan kalori yang berlebihan dan tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak. Genetik juga memainkan peranan dalam menentukan jika kanak-kanak akan mengalami berat badan berlebihan atau obes. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kedua ibu bapa obes, terdapat  70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obes. Jika hanya ibu adalah obes, kebarangkaliannya adalah 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai berat badan yang normal, masih terdapat peluang sebanyak 10% untuk kanak-kanak untuk menjadi obesiti. Sebelum kita menyalahkan gen kita, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa ia bukan disebabkan oleh DNA sahaja, tetapi juga pemerhatian dan kelakuan dipelajari  oleh kaum keluarga.
252263_363411750421345_815268089_n.jpg 440fefe838b945a69094054814ffcba0.jpg
TIP ATASI OBESITI KALANGAN KANAK-KANAK

1: Kegiatan Fizikal Setiap Hari, Sekurang-kurangnya 1 jam
Ia berkesan untuk mengawal berat badan, mengurangkan risiko penyakit, di samping menguatkan otot.
Kanak-kanak patut dilibatkan dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, berenang, yoga, berbasikal, menari, atau berjalan-jalan pada waktu petang atau selepas makan malam.
Senaman yang dilakukan tidak semestinya terlalu berat atau memenatkan. Senaman yang baik ialah melibatkan pergerakan sendi dan penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot.
Kanak-kanak prasekolah pula perlu digalakkan bermain di taman permainan atau melakukan aktiviti di luar rumah.

2.  Sokongan & Minat Ibu Bapa Terhadap Aktiviti Anak-anak Mereka
Aktiviti fizikal yang dirancang perlulah sesuai dengan minat dan keupayaan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa perlu memantau aktiviti fizikal anak dan membuat catitan dalam satu carta.
Pujilah anak-anak andai mereka telah mencapai matlamat. Di samping itu, ibu bapa juga wajar menunjukkan tauladan yang baik dengan menjadikan aktiviti fizikal sebagai aktiviti sekeluarga.


3.  Makan Mengikut Masa Bagi Sarapan, Makan Tengahari & Malam
Sarapan pagi memainkan peranan yang sangat penting sebagai pembekal tenaga dan meningkatkan kadar metabolisma badan.
Tanpa sarapan pagi akan menyebabkan kanak-kanak berasa terlalu lapar dan cenderung untuk makan terlalu banyak pada hidangan berikutnya.

4.  Galakkan Kanak-kanak Meminum Air Kosong
Air kosong tidak mengandungi kalori. Selain itu, air kosong sangat bagus untuk kesihatan kerana ia membantu menyingkirkan toksin dan garam berlebihan daripada tubuh yang menjadi salah satu punca kegemukan.
Anak-anak yang digalakkan meminum air kosong dari kecil lebih mudah menjadikan amalan ini sebagai amalan harian apabila dewasa kelak.
 Apa-apapun, segalanya bermula daripada ibu bapa. Tunjuklah anak-anak yang ibarat kain putih ini contoh yang baik termasuk menjalani cara hidup yang sihat. Dengan cara itu, obesiti di kalgan kanak-kanak pasti dapat dikurang atau dielakkan.




Kesan Obesiti
         Obesiti atau kegemukan jika tidak dikawal akan menimbulkan banyak masalah kesihatan pada seseorang individu. Malahan dia mempunyai kesan sampingan yang berpanjangan terhadap kehidupan kanak-kanak, Remaja, dan dewasa. Kanak-kanak obes berhadapan dengan pelbagai risiko seperti masalah kesihatan dan masalah persekitaran. Kesan –kesan obesiti juga mempunyai kesan berpanjangan terhadap kehidupan seseorang individu, di zaman kanak-kanak, remaja dan menjadi dewasa.   Obesiti kanak-kanak ini mungkin lebih mengganggu kehidupan kanak-kanak itu daripada fizikal. Kanak-kanak adalah masa yang kritikal bagi perkembangan diri mereka. Kanak-kanak obes juga berisiko tinggi terhadap stigmatisme social yang menyebabkan perkembaangan akedemik social yang lemah. Antara kesan yang bakal kanak-kanak obes akan hadapi ialah sakit jantung, tekanan darah tinggi, kekurangan oksigen semasa tidur, kerosokan sendi, masalah haid, kemurungan dan meningkatkan resiko buli kanak-kanak.

Sakit jantung. Ia merupakan penyakit yang ditakuti seluruh dunia, kerana ia akan membawa kepada kematian. Penyakit ini berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira samaada orang tua yang sudah lanjut usianya ataupun kanak-kanak. Sakit jantung ini berlaku  kepada kanak-kanak obesiti kerana lemak yang terlalu tebal menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh dan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
Tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi bertambah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Semakin lemak berlebihan ia akan membebankan jantung dan menyebabkan kerosakan jantung. Risiko menghidap darah tinggi akan meningkat dua ke tiga kali ganda sekiranya berhadapan dengan obesiti. Tekanan darah tinggi berlaku pada kanak-kanak obes kerana apabila dinding saluran arteri mengeras akibat daripada lemak berlebihan. Kesan darah tinggi ialah kanak-kanak itu akan rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental. Serta mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan.
Kekurangan oksigen semasa tidur.  Penyakit ini berlaku apabila kanak-kanak memunyai masalah tidur yang tidak sempurna dan sering mengalami masalah pernafasan yang berulang-ulang sepanjang  tidur. Jika masalah ini berlarutan ia akan memyebabkan kepada kematian. Selain itu, ia boleh menyebabkan kerosakan otak, kehilangan memori dan meningkatkan risiko diabetes. Kejadian ini kerap kali berlaku kepada kanak-kanak obes. Tanda-tanda penyakit ini ialah, kerap berubah posisi semasa tidur, menjadi seorang yang pemarah, rasa lemas semasa tidur dan kanak-kanak itu kurang daya konsentrasi. Penyakit ini sangat bahaya jika tidak mengambil serius dan tidak dirawat dengan segera.
Kerosakan sendi.  Sakit sendi ini memeng sinonim di kalangan warga emas, tetapi zaman sekarang orang muda dan kanak-kanak juga tidak terlepas dari penyakit ini. Ia berlaku apabila berat badan bertambah iaitu apabila seseorang itu obesiti. Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat badan yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan sendi sering berlaku pada sendi kaki. Selain itu, ia akan menyebabkan kanak-kanak itu akan rasa lemah walaupun hanya beberapa langkah sahaja berjalan atau melakukan sesuatu. Bahagian sendi yang paling berisiko adalah bahagian yang memikul bebanan iaitu, tangan, kaki, lutut dan lain-lain. Apabila kerosakan sendi berlaku ,kanak-kanak akan mengalami seperti, sendi yang tidsk msmpu digerakkan sekiranya duduk atau baring dalam tempoh yang lama
Masalah haid.   Masalah ini sering berlaku kepada kanak-kanak perempuan sahaja. Kanak-kanak perempuan yang obes sering mengalami akhil baligh lebih awal daripada yang biasa. Mereka juga mempunyai risiko fibroid pada rahim (uterine fibroid) dan masalah kitaran haid apabila dewasa. Ia akan datang haid tidak menentu, kekadang datang dan kekadang tidak. Ia akan membuatkan seseorang itu rasa stress dan akan pening-pening. Selain dari masalah kitaran haid ia ajuga akan ada masalah ketidakseburan iaitu mandul.
Kemurungan.  Kemurungan sangat bahaya apabila terjadi pada seseorang, apabila ia tidak mengambilberat tentang penyakit ini,seseorang itu akan melakukan perkara yang dari luar jangkaan,  Seperti bunuh diri. Masalah ini juga sering dikaitkan dengan kurang keyakinan diri. Ini akan menyebabkan masalah susah tidur, masalah komunikasi, dan kurang aktif.  Kemurungan juga merupakan masalah psikologi mengenai emosi perasaan. Kemurungan pada kanak-kanak boleh membawa kepada ganguan dalam proses tumbesaran dan ganguan dalam  pembelaja, Sebab kemurungan ini ialah, kanak-kanak tidak selesa dengan bentuk badan yang terlalu banyak lemak.

Meningkatkan resiko kejadian buli.  Kanak-kanak obes akan menghadapi risiko lebih tinggi  untuk menjadi mangsa buli dikalangan rakan sebaya. Masalah ini berlaku kerana kanak-kanak obes membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Oleh itu, berlakulah buli dan ejek mengejek dari rakan sekolah. Apabila masalah ini berlaku, kanak-kanak akan jadi malas ke sekolah dan tidak menyertai mana-mana program yang diadakan di sekolah. Buli yang kerap berlaku pada kana-kanak tersebut akan menyebabkan mereka stress dan emosi mereka terganggu  sehingga mereka berfikir bunuh diri adalah jalan yang terbaik. Kejadian ini sering diceritakan dalam muka depan surat khabar “kanak-kanak gemuk cenderung bunuh diri, mangsa dianggap bodoh dan  hodoh oleh rakan sebaya”. 






PENGENALAN

Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun).  Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).  

Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka.  Oleh itu, pendidikan  adalah awal amat penting dan harus bermula sejak kecil lagi.